Dakwaan Anwar tentera undi awal dibayar fitnah - Ismail Sabri

Dakwaan Anwar tentera undi awal dibayar fitnah – Ismail Sabri

ISMAIL SABRI Yaakob (dua dari kanan) beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli pada program ramah mesra bersama penduduk Kampung Bongkok di Bilik Gerakan Kampung Bongkok, Bera, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa anggota tentera yang mengundi awal di Parlimen Bera dibayar RM300 bersifat fitnah dan merendahkan martabat anggota keselamatan.

Perdana Menteri berkata, dakwaan itu sengaja dibuat untuk menimbulkan persepsi negatif masyarakat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Katanya, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) perlu sedar dakwaan tersebut bersifat jahat dan perlu memohon maaf kepada anggota tentera.

“Ini tuduhan jahat dan jangan menghina anggota tentera. Malah, dia perlu tarik balik tuduhan kerana menghina anggota tentera seluruh negara.

“Tiada keistimewaan yang diberikan untuk anggota tentera mengundi sehingga diberikan imbuhan,” katanya dalam sidang akhbar pada program ramah mesra bersama penduduk Kampung Bongkok di Bilik Gerakan Kampung Bongkok, di sini hari ini. 

Anwar sebelum ini mendakwa ada anggota tentera, khususnya dalam kawasan Parlimen Bera sudah mengundi untuk PRU15 kali ini mendapat bayaran.

Presiden PKR itu ketika berucap di majlis di Terengganu mendakwa, anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasatnya.

Seramai 113,000 anggota tentera termasuk pasangan mengundi awal di 189 pusat mengundi 15 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya