Covid-19: 2,913 kes positif; 8 negeri catat lebih 100 kes

Covid-19: 2,913 kes positif; 8 negeri catat lebih 100 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,913 kes berbanding kelmarin, 3,129 kes sekali gus mengatasi 2,833 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 21,281 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,902,964 kes. 

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,153 kes diikuti Kuala Lumpur (611), Perak (199), Pulau Pinang (140), Negeri Sembilan (155), Sabah (134), Kelantan (116) dan Kedah (100).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Putrajaya (63), Johor (59), Melaka (57), Sarawak (37), Pahang (43) dan Terengganu (43) manakala dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, dua kes dan Labuan, satu kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 433 orang; kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) (56 kes) dan memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 34 kes.  

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan sembilan kes berbanding jumlah kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,475 kes, manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN