Calon PN Padang Serai nafi hina institusi diraja

Calon PN Padang Serai nafi hina institusi diraja

AZMAN Nasrudin (kanan) ketika bertemu para pengundi sempena kempen PRU15 Parlimen Padang Serai di Kampung Nesa, Padang Serai di Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin menafikan kenyataannya tentang Kerajaan Perpaduan sebagai menghina institusi diraja.

Menurut Azman, beliau hanya merujuk terhadap sikap ‘ketidakrelaan’ akar umbi dan penyokong UMNO selepas Barisan Nasional (BN) bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, PN juga akur dengan keputusan menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Saya agak kasar sedikit malam itu sebab kerajaan baru tertubuh. Jadi kita tengok pemimpin-pemimpin UMNO sanggup menjual perjuangan parti dengan murahnya. Itulah saya rujuk sebagai yang saya sebut (kerajaan zina).

“Saya cakap berdasarkan prinsip perjuangan UMNO sendiri yang langgar resolusi Perhimpunan Agung UMNO pada 2021 iaitu No Anwar No DAP. Jadi ahli-ahli UMNO di bawah marah sebab ideologi perjuangannya sangat bertentangan,” katanya ketika ditemui semasa berkempen di Taman Nesa, hari ini.

Baru-baru ini, Azman berkata, pengundi BN Parlimen Padang Serai khususnya penyokong UMNO akan memberi isyarat jelas menolak pemimpin yang tidak menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di kawasan itu, 7 Disember ini.

Katanya, penolakan itu disebabkan penyokong dan akar umbi UMNO tertipu dengan pucuk pimpinan parti itu yang pada awalnya menegaskan tiada kerjasama dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beliau menyifatkan kerjasama antara PH dan BN itu juga diibaratkan seperti ‘kerajaan penzinaan’ kerana ‘perkahwinan’ yang tidak direstui ahli serta pemimpin di peringkat bawahan.

Mengulas lanjut, Azman memaklumkan beliau sudah memberi keterangan kepada pihak polis di Balai Polis Kulim Hi-tech, semalam berhubung kenyataannya itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya