Buskernita anjur bengkel pemuzik jalanan wanita - Utusan Malaysia

Buskernita anjur bengkel pemuzik jalanan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kretip Malaya bakal menganjurkan program bengkel dan “showcase” khusus untuk para pemuzik jalanan yang memfokuskan kepada wanita.

Tujuan utama penubuhan ini adalah untuk memperkasakan belia di Malaysia dengan kemahiran kreatif dan keprihatinan terhadap isu-isu semasa dan menyumbang tenaga kerja kepada komuniti sambil mengembangkan pelbagai cabang minat belia masa kini seperti menjalankan aktiviti seni, muzik dan kemahiran.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Buskernita, golongan wanita dilihat semakin ramai menceburkan diri dalam menjalankan aktiviti ini pada masa kini dari pelbagai peringkat usia.

“Oleh itu, Buskernita mengambil inisiatif ini untuk menganjurkan program aktiviti “busking” khusus untuk golongan wanita sahaja dan ini merupakan yang pertama kali diadakan.

“Menerusi program ini, diharapkan ia dapat terus memperluaskan peluang dan ruang kepada mereka yang berbakat dan berminat menceburi industri ini,”katanya.

Program selama sehati yang akan diadakan pada 12 November 2022 itu akan dibahagikan kepada dua bahagian.

Ia meliputi bengkel di sebelah pagi  bermula pada pukul 9 pagi  hingga 12 tengahari, yang akan memfokuskan tentang pendedahan lebih khusus kepada peserta seperti tatacara, aspek teknikal dan juga pemasaran penjenamaan peribadi.

Selain daripada itu peserta akan di sajikan dengan perkongsian daripada beberapa pemuzik jalanan yang berjaya menempah nama di dalam industri, penyertaan terbuka dan percuma kepada semua golongan yang berminat.

Pada sebelah petang pula, pertandingan yang dinamakan ‘Buskernita Challenge’ akan diadakan dan hanya terbuka kepada golongan wanita sahaja mengikut syarat dan terma.

Kedua-dua aktiviti ini akan dijalankan di pusat membeli belah Lalaport Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Program ini juga bekerjasama dengan persatuan Malaysian Buskers, komuniti berdaftar yang mewakili penggiat seni jalanan peringkat Nasional.

Selain itu, pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)  turut akan menyertai program ini  di samping memberi pencerahan tentang persepsi masyarakat tentang pemuzik jalanan yang sering dikaitkan dengan masalah sosial seperti dadah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN