Seoul Garden tampil wajah baharu

Seoul Garden tampil wajah baharu

NICHOLAS Nyeow (dua dari kiri) merasmikan pembukaan Seoul Garden cawangan Paya Bunga Square di Kuala Terengganu, Terengganu. - MINGGUAN//PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Memasuki tahun ke-11 operasi, restoran berkonsepkan makanan Korea, Seoul Garden cawangan Paya Bunga Square di sini, tampil dengan nafas baharu menerusi penjenamaan semula yang dilaksanakan baru-baru ini.

Pengurus Besarnya, Nicholas Nyeow berkata, pembaharuan itu melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian berskala besar khususnya dari segi reka bentuk dalaman bagi mewujudkan suasana lebih moden dan autentik selari dengan identiti restoran Korea.

Katanya, antara perubahan ketara adalah penggunaan elemen hiasan berinspirasikan Korea termasuk rekaan cermin dan susun atur ruang makan yang lebih selesa serta menarik untuk pelanggan.

“Walaupun penampilan restoran berubah, kami masih mengekalkan kualiti makanan seperti sebelum ini di samping menawarkan lebih banyak pilihan menu kepada pelanggan. Keunikan kami terletak pada perapan khas untuk hidangan panggang yang menjadi tarikan utama, selain menyediakan pilihan steamboat,” katanya ketika ditemui di Paya Bunga Square, di sini.

Katanya, Seoul Garden kini menawarkan sekurang-kurangnya enam jenis perapan istimewa termasuk bulgogi, pedas, teriyaki, lada hitam dan kopi yang menjadi kegemaran pelanggan setia sejak dahulu.

“Perapan ini sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa. Jika mendapat maklum balas positif, ia dikekalkan dalam menu,” ujarnya.

NICHOLAS Nyeow (tengah) melayani tetamu yang hadir pada perasmian pembukaan Seoul Garden cawangan Paya Bunga Square di Kuala Terengganu, Terengganu. – MINGGUAN//PUQTRA HAIRRY

Selain itu, pihaknya memperkenalkan dua pilihan sup baharu yang sedang diuji termasuk variasi berasaskan iaitu Mala dan Creamy Champong selain mengekalkan enam sup popular seperti milky seafood, tom yam dan kimchi.

Dalam usaha mengekalkan daya saing, katanya, Seoul Garden akan terus memperkenal menu dan promosi baharu bagi menghargai pelanggan setia yang menyokong restoran itu sejak lebih sedekad lalu.

“Kami mahu terus mengekalkan kualiti makanan dan dalam masa sama menawarkan lebih banyak variasi kepada pelanggan,” katanya.

Dari segi harga, beliau berkata, kadar bufet masih dikekalkan walaupun berdepan peningkatan kos bahan mentah import dari luar negara seperti Australia.

“Bagi pakej biasa, harga RM59.90 seorang manakala pakej premium pula kira-kira RM79.90 seorang, bergantung kepada hari biasa atau hujung minggu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN