KUALA NERUS: Negeri Sembilan bangkit daripada ketinggalan dua jaringan untuk mengikat Terengganu FC (TFC) 2-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, malam tadi. Jaringan penyamaan pasukan pelawat 10 minit sebelum wisel penamat turut mencetuskan kekecohan antara pemain kedua-dua pasukan. TFC membuka tirai jaringan seawal minit ke-16 menerusi pemain import, Yann Mabella yang melakukan gerakan solo sebelum menewaskan penjaga gol lawan, Muhammad Azri Abdul Ghani.…









