BN tidak mampu tubuh kerajaan jika Sabah gagal sumbang kerusi - Utusan Malaysia

BN tidak mampu tubuh kerajaan jika Sabah gagal sumbang kerusi

pau2022
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) tidak mampu menubuhkan kerajaan sekiranya BN Sabah gagal menyumbang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa Majlis Bersama Rakyat di PPR Gum Gum, Libaran hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pembentukan Kerajaan Persekutuan bergantung kepada kerusi yang akan dimenangi di Sabah.

“Sekiranya Sabah gagal sumbangkan kerusi bermakna, kita mungkin tidak mampu menubuhkan kerajaan.

“Maka, sebagai calon Perdana Menteri ke-10, saya mengharapkan sumbangan daripada Sabah terutama Zon 5. Saya percaya di Sabah, kita boleh memperoleh minimum sebanyak 15 kerusi (GRS-BN).

“Malah saya difahamkan ada 15 kerusi yang disasarkan (menang) di Sabah dan saya berharap kita peroleh lebih daripada jumlah itu,” katanya.

Ismail Sabri berkata, jangan biarkan Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah negara kerana keselesaan hidup yang dinikmati di bawah kepimpinan Keluarga Malaysia yang diterajui Barisan Nasional selama setahun empat bulan ini akan berakhir, jika PH menang.

“Kalau mahu mahu sengsara bolehlah pilih PH pada pilihan raya kali ini tapi, jika mahu kecemerlangan dan kesenangan dalam menjalani kehidupan maka, undilah Barisan Nasional,” katanya.

Ismail Sabri berkata, beliau akan memastikan penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga akan memberikan undi kepada calon-calon BN di Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa calon Parlimen Libaran, Suhaimi Nasir akan menang di kerusi Parlimen yang menyaksikan pertembungan enam penjuru itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya