BN perlu asingkan diri

BN perlu asingkan diri

BN dicadang mengasingkan diri dengan menyerahkan kepada gabungan mmpunyai kerusi lebih banyak menentukan pembentukan kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Barisan Nasional (BN) perlu mengasingkan diri dan tidak terlibat dengan mana-mana parti gabungan lain ketika ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, meskipun terdapat pelawaan dan cadangan bahawa komponen parti itu boleh bergabung membentuk kerajaan, namun beliau berpendapat BN tidak perlu campur tangan.

“Selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), banyak pandangan dan permintaan dalam menubuhkan kerajaan Persekutuan melibatkan BN.

“Namun saya rasa, sebagai parti yang paling kurang jumlah kerusi sepatutnya dapat terus mengasingkan diri dan biarlah mereka yang mempunyai kerusi lebih banyak menentukan pembentukan sesebuah kerajaan.

“Kita perlu hormati suara pengundi dan terus mendoakan masa depan negara agar mereka yang memimpin dapat membawa perubahan lebih baik kepada Malaysia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurutnya, UMNO perlu meneruskan khidmat bakti kepada rakyat meskipun kini berada dalam pembangkang.

“UMNO fokus sahaja dengan mendekati akar umbi tanpa melihat kemenangan atau kekalahan di sesebuah kawasan dan bagi yang memenangi kerusi masing-masing (BN), peranan semak dan imbang perlulah dimainkan dalam memastikan kerajaan terus berfungsi dengan baik.

“Persoalan siapa yang mampu bentuk kerajaan itu biarlah mereka yang mempunyai lebih kerusi tetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar memohon maaf kepada jentera BN Pagoh atas kekalahan mereka yang dirasakan gagal memahami suara pengundi sehingga menyebabkan kekalahan parti itu.

“Saya patut minta maaf sebab saya dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed merancang macam mana nak menang. Tetapi saya yang gagal membantu sebab tuan-tuan atas kertas memang rasa tak boleh nak menang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN