Bekalan ikan meningkat, harga kembali stabil

Bekalan ikan meningkat, harga kembali stabil

HARGA ikan kembali stabil berikutan peningkatan bekalan hasil laut itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Stok bekalan ikan segar di seluruh negara meningkat sekali gus mendorong harganya kembali stabil.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari berkata, harga ikan pulih seperti biasa berikutan terdapat peningkatan bekalan hasil laut itu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai tidak perlu khuatir mengenai bekalan dan harga ikan kerana stok yang yang dibekalkan kepada peraih dan pengguna mencukupi.

“Alhamdulillah harga ikan ada penurunan dan dalam keadaan terkawal kerana tangkapan hasil laut sudah meningkat. Jadi nelayan-nelayan pun dapat mengurangkan kos mereka untuk turun ke laut.

“Masalah bekalan stok yang berkurang sebelum ini pun tidak perlu risau kerana hasil tangkapan nelayan yang semakin meningkat ini banyak dan bekalannya mencukupi untuk semua orang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan harga ikan melonjak naik sehingga 15 peratus pada awal bulan ini ekoran kekurangan bekalan ikan segar akibat keadaan cuaca yang tidak menentu pada fasa peralihan monsun timur laut.

Sementara itu, tinjauan senarai harga ikan di laman web Price Catcher Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut menunjukkan penurunan harga-harga ikan.

Ikan seperti selayang menunjukkan penurunan apabila ia dijual pada harga serendah RM16 berbanding RM18 sekilogram sebelum ini ekoran kekurangan bekalan ikan tersebut.

Menerusi tinjauan di Price Catcher menunjukkan berlaku penurunan pada harga ikan kembung kepada harga asalnya iaitu RM20 sekilogram yang sebelum ini dijual sehingga boleh mencecah RM22 sehingga RM 24 sekilogram. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya