Bapa Shuib Sepahtu tinggalkan UMNO sertai Pas

Bapa Shuib Sepahtu tinggalkan UMNO sertai Pas

MUHAMMAD Arshad (dua dari kanan) menyerahkan borang keahlian Pas kepada Idris Ahmad di Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak, semalam. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI:  Setiausaha Cawangan UMNO Parit Haji Ali, Alor Pongsu di sini yang juga bapa kepada pelawak dan pelakon, Shahmira Muhammad  atau Shuib Sepahtu mengumumkan menyertai Pas.

Muhammad Arshad, 65, berkata, dia sudah lama mahu menyertai Pas dan membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan menyertai parti itu..

Katanya, dia menyertai Pas bersama dua rakannya kerana tertarik dengan dengan gerak kerja kebajikan yang dilakukan parti itu.

“Bukan sehari dua saya berfikir tentang perkara ini, sudah bertahun-tahun. Saya tidak mahu menyebut secara jelas kenapa saya keluar UMNO, tiada siapa pun yang memaksa saya untuk menyertai Pas, ini kerelaan saya sendiri,” katanya.

Muhammad ditemui pemberita selepas menyerahkan borang keahlian Pas kepada Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad pada Majlis Munajat Perdana dan Pelancaran Calon Parlimen Bagan Serai di Tapak Pasar Alor Pongsui semalam.

Menurutnya, sebelum membuat keputusan menyertai Pas, dia berbincang dengan Shuib terlebih dahulu.

“Saya beritahu dia mengenai hasrat saya untuk menyertai Pas. Shuib kata terpulanglah kepada saya untuk membuat keputusan,” katanya.

Katanya, dia menyertai  Pas bukan mahukan sebarang jawatan tetapi tertarik dengan gerak kerja Pas di lapangan terutama dalam hal-hal membantu individu dan buat perkara kebajikan  tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.

“Saya telah menjadi ahli UMNO lebih dari 20 tahun dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Cawangan UMNO Parit Haji Ali Alor Pongsu selama 10 tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya