Banjir Taman Sri Muda ‘kerja tuhan’

Banjir Taman Sri Muda ‘kerja tuhan’

KEADAAN banjir yang melanda Seksyen 25 Shah Alam , tahun lalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Banjir buruk yang melanda Taman Sri Muda, Shah Alam pada Disember tahun lalu adalah ‘kerja Tuhan’ dan pihak kerajaan serta lima lagi tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut.

Ini kerana kerajaan bersama-sama Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA); Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia); Menteri Alam Sekitar dan Air; Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kejadian itu berlaku.

Menurut penyataan pembe­laan kesemua defendan, banjir buruk yang berlaku Disember 2021 itu dipengaruhi dengan keadaan hujan lebat akibat ketibaan Taufan Rai, luruan monsun dan sistem tekanan rendah di Laut China Selatan yang bergerak memasuki Semenanjung melalui Pahang dan merentasi tengah Semenanjung menuju ke Selat Melaka.

Pada masa sama, berlaku fenomena air pasang besar menyebabkan aras air di Sungai Klang meningkat disebabkan kemasukan air pasang ke dalam sungai.

“Kejadian banjir yang berlaku di Taman Sri Muda pada Disember 2021 adalah disebabkan keadaan yang terangkum sebagai acts of God. Banjir yang berlaku adalah disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan pada masa material yang turun secara menyeluruh di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Ia adalah keadaan di luar kawalan manusia. Pada masa yang sama, berlaku fenomena air pasang besar bermula pada 16 hingga 23 Disember tahun lalu menyebabkan aras air Su­ngai Klang tinggi kerana kema­sukan air pasang ke dalam su­ngai,” kata defendan.

Tambah kesemua defendan, selepas kejadian banjir pada Disember 1995 dan Mac 1996, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah melaksanakan projek tebatan banjir, membina kolam takungan banjir yang dibina di Taman Sri Muda dan membina ban di sepanjang Sungai Klang bagi mengelakkan limpahan air daripada Sungai Klang berlaku.

Pada 22 Jun lalu, seramai 50 orang penduduk Taman Sri Muda memfailkan saman kecuaian dan menuntut ganti rugi khas RM3.8 juta dengan mendakwa NADMA gagal me­lak­sanakan pengurusan bencana alam dengan berkesan manakala MetMalaysia pula gagal mengemaskini secara efektif dan tepat cuaca semasa yang melanda Taman Sri Muda sehingga mengakibatkan banjir buruk itu berlaku.

JPS pula didakwa secara salah membenarkan sistem perparitan Taman Sri Muda menjadi terlebih muatan dan gagal memastikan pematuhan syarat pengurusan ribut sebelum memberikan kelulusan untuk projek pembangunan baharu di dalam atau sekitar kawasan itu.

Kes itu ditetapkan untuk pe­ngurusan kes pada 29 November ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Selain itu, defendan dalam pembelaan mereka menyatakan, seawal 2 November 2021, NADMA telah mengeluarkan surat kepada semua Pengerusi Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang memohon pengaktifan

Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri dan Daerah termasuk negeri Selangor sejurus pengumuman MetMalaysia mengenai permulaan monsun Timur Laut yang bermula pada 3 November dan berterusan sehingga Mac 2022.

Katanya, pada 17 Disember 2021 berdasarkan pengemaskinian amaran cuaca oleh MetMalaysia, NADMA mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Kementerian Kesihatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya