Banjir di Jalan Chan Sow Lin, Bukit Jalil

Banjir di Jalan Chan Sow Lin, Bukit Jalil

KEADAAN banjir di Jalan PPR Muhibbah, Bukit Jalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan beberapa jalan di sekitar ibu negara dinaiki air.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, dua kereta turut tenggelam di Jalan Chan Sow Lin sehingga menyebabkan pemandunya terperangkap sebelum diselamatkan pihak bomba.

“Air naik hingga paras pintu menyebabkan mangsa terpaksa keluar dari kenderaan masing-masing.

“Paras air telah surut dan keadaan kini terkawal sepenuhnya,” katanya menerusi Facebook di sini hari ini.

Dalam kejadian berasingan di Bukit Jalil, berlaku banjir di Jalan PPR Muhibbah sehingga jalan di kedua-dua arah terpaksa ditutup.

“Bagaimanapun tiada kenderaan dan mangsa dilaporkan terperangkap dalam banjir itu,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.