PRN Negeri Sembilan penentu kerjasama BN dan PN

PRN Negeri Sembilan penentu kerjasama BN dan PN

JOHARI Abdul Ghani pada Program Sarapan Pagi dan Ramah Mesra bersama Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa di Surau Babul Khairat, Cochrane.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menjadi penentu kesinambungan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, masa depan kerjasama antara BN dan PN masih belum ditentukan lagi setakat ini.

Katanya, keputusan PRN Negeri Sembilan adalah penentu sama ada kerjasama itu perlu diteruskan atau tidak.

“Kita tunggu dulu keputusan, jangan komen sebelum keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sarapan bersama penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cochrane Perkasa, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerjasama BN dan PN di Negeri Sembilan akan diteruskan sehingga PRU16 akan datang.

Pada hari penamaan calon PRN Negeri Sembilan, kelmarin, Johari berkata, kerjasama antara BN dan PN dalam pembahagian kerusi dalam PRN kali ini dicapai melalui persefahaman kedua-dua pihak.

“Setiap parti politik mempunyai ideologi masing-masing. Jika ada ruang untuk mencapai persefahaman dan bekerjasama di mana-mana kawasan atau negeri, itu terpulang kepada parti terbabit.

“Akhirnya, bukan pemimpin yang menentukan kemenangan, sebaliknya rakyat yang membuat keputusan,” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan kali ini, kedua-gua gabungan BN dan PN yang diwakili oleh Pas, Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara), MIPP, dan Gerakan tidak bertembung antara satu sama lain di mana-mana kerusi.

BN meletakkan calon di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PN bertanding di 11 kerusi DUN. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN