Bancian ramal PH menang PRU15 mengarut - Zed Zaidi

Bancian ramal PH menang PRU15 mengarut – Zed Zaidi

ZED Zaidi bersama Anuar Basiran (kiri) ketika turun membantu calon kempen PRU15 di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Survei atau bancian mengenai ramalan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang panas ketika ini bukan sahaja mengarut, malahan lebih kepada ‘syok sendiri’.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Leftenan Kolonel (Kehormat), Rozaidi Abdul Jamil bahkan menempelak hasil kajian disiarkan itu sebagai lebih kepada propaganda. 

“Saya anggap semua dapatan survei ini macam ‘poyo’ untuk cuba mengelirukan rakyat kononnya Pakatan Harapan (PH) akan menang PRU15,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepang, Anuar Basiran menyantuni sekumpulan 20 penunggang penghantar makanan pada sesi kempen parti itu. 

Sejak awal minggu ini, warganet propembangkang dilihat terdesak memuat naik hantaran tular hasil bancian lebih sedozen agensi tertentu yang mendakwa konon PH bakal menang termasuk kajian beberapa kedutaan negara asing didakwa bersumberkan perisikan diplomatik bagi mempengaruhi netizen terutamanya pengundi atas pagar bagi menyokong PH. 

Anehnya, semua pihak terbabit dalam kajian survei itu menyatakan BN akan kalah kepada Perikatan Nasional (PN) dan PH yang akan mengulangi situasi ketika PRU14 pada 2018 lalu.

Mengulas lanjut, Rozaidi atau mesra disapa sebagai Zed Zaidi berkata, paling kelakar ada juga data bancian dari Bukit Aman dan Kor Risik Tentera seolah-olah maklumat sensitif bocor.

“Saya lihat askar siber PH dan PN seperti terdesak padahal semua orang tahu hasil dapatan itu cuma manipulasi angka bukan sahih untuk perang saraf konon mereka menang,” katanya.

Kaedah propaganda itu ujarnya, bagi memastikan rakyat bangkit marah kepada BN sekiranya keputusan pada Sabtu itu adalah berbeza dengan mendakwa berlaku penipuan undi sepertimana pernah berlaku ketika PRU13 apabila BN menang tipis dan pembangkang kemudian menghasut rakyat bahawa kerajaan tersebut adalah tidak sah. 

Beliau yang juga aktivis BN berkata, hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada autoriti dari segi perundangan untuk mengesahkan siapa pemenang rasmi dan bukan survei pihak luar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.