Bagi Anwar yang penting jawatan, bukan perkhidmatan - Muhyidin

Bagi Anwar yang penting jawatan, bukan perkhidmatan – Muhyidin

MUHYIDIN bersama calon-calon PN pada Himpunan Rakyat PN Best di Padang AU2, Taman Keramat ibu negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: “Tak apalah, dia boleh cakap dapat sekongan besar. Saya pun boleh cakap begitu. Cuma bagi dia, yang penting adalah jawatan bukan perkhidmatan.”

Itu jawapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila ditanya berhubung dakwaan Pengerusi Perikatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu sedang jauh mendahului  sokongan pengundi berbanding parti lain.

Muhyidin berkata, pengundi seharusnya mampu membuat pertimbangan bijaksana dan menolak pihak yang hanya bercakap soal kepentingan diri berbanding rakyat.

“Ada lima hari lagi, dia tidak boleh dabik dada. Saya juga sudah jelaskan panjang lebar apa yang PN tawarkan dan perjuangkan.

“Bagi dia itu tidak penting. Belah sana (PH) tidak sebut pun. Yang penting jawatan dia. Bagi saya bukan jawatan tetapi perkhidmatan.

“Kita mahu beri perkhidmatan terbaik untuk bawa Malaysia kembali ke landasan prihatin, bersih dan stabil,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri kelapan itu berkata, PN ketika ini mendapat sokongan Melayu yang cukup besar tetapi mereka tidak boleh terlalu selesa dan terus berusaha untuk meraih undi kaum lain.

“Kita sudah menilai dan mengkaji sentimen rakyat terhadap PN. Majoriti Melayu memberi sokongan terhadap PN.

“Cuma dalam tempoh beberapa hari lagi ini, kami perlu berusaha lebih untuk meraih undi daripada kaum-kaum lain, Sabah Sarawak juga.

“Apa yang kami harapkan sokongan pengundi terhadap kami untuk melaksanakan setiap tawaran dan manifesto yang diumumkan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya