KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara, di sini, bagi Istiadat Angkat Sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 .
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menaiki kereta jenis BMW berwarna hitam tiba kira-kira pukul 4.32 petang.
Beliau juga sempat menurunkan tingkap kenderaan dan melambai ke arah pengamal media yang berkumpul di Pintu Utama Istana Negara.- UTUSAN