Ada cahaya, PN yakin momentum baharu

Ada cahaya, PN yakin momentum baharu

RASMAN Ithnain (dua dari kiri) dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PN Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Perikatan Nasional (PN) yakin ada momentum baharu akan berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berdasarkan sambutan yang diterima apabila memasuki hari keempat berkempen.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PN Johor, Rasman Ithnain berkata, aura baharu yang ditunjukkan semua parti gabungannya berada dalam keadaan positif.

“Untuk kempen PRU15 kita dapat rasakan aura baharu, pertama kali PN adakan gabungan betul-betul mantap melibatkan rakan-rakan gabungan parti. Dengan komitmen yang ada, saya boleh nampak ada cahaya yang rakyat harapkan daripada PN dan inilah parti yang diharapkan mereka.

“Kesemua calon kita juga berada dalam keadaan baik, tidak ada berlaku pergaduhan walaupun kita diasak, namun kerjasama jentera kita diteruskan.

“Saya yakin ada momentum baharu akan berlaku di Johor dan Malaysia. Pengundi-pengundi tak nak ambil gambar kerana tak nak orang tahu tetapi dalam masa sama mereka cakap nilah parti (PN) yang dicari selama ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PN Kota Tinggi, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi melahirkan rasa bangga dengan manifesto PN  yang semuanya amat berkaitan dengan Parlimen Kota Tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN