Yayasan Bank Rakyat taja pelajar cemerlang Uniten

Yayasan Bank Rakyat taja pelajar cemerlang Uniten

Ssi menantangani MoU)antara Yayasan Bank Rakyat dan Universiti Tenaga Nasional. Dari kiri Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani, Pengerusi YBR Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Pengerusi UNITEN Datuk Seri Hasan Arifin dan Naib Canselor UNITEN Profesor Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan RM1.03 juta untuk menaja biasiswa pendidikan sembilan pelajar cemerlang Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang mengikuti kursus asasi, ijazah sarjana muda perakaunan dengan ACCA dan sijil Tahfiz.

YBR dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya juga menyalurkan peruntukkan RM100,000 iaitu Bantuan Awal Pengajian (BAP) sebagai persediaan pelajar untuk memulakan semester baharu.

Kata kenyataan itu, usaha berkenaan dirintis menerusi satu memorandum persefahaman yang dimeterai antara YBR dan Uniten.

“Kerjasama ini juga bertujuan membuka peluang kepada pelajar cemerlang khususnya yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda selepas menamatkan program asasi,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, satu memorandum persefahaman (MoU) bagi penajaan pelajar Uniten untuk program pelajar cemerlang berlangsung di Bilik Teater, Bangunan Pengurusan Universiti Tenaga Nasional Kampus Putrajaya.

Memorandum itu ditandatangani antara Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Naib Canselor Uniten, Prof. Dr. Noor Azuan Abu Osman serta disaksikan Pengerusi YBR, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Pengerusi Uniten, Datuk Seri Hasan Arifin.

Menerusi jalinan kerjasama selama tiga tahun bermula dari 2022 sehingga 2024 itu, menyasarkan penerima seramai tiga pelajar setiap tahun bagi penajaan biasiswa pendidikan berjumlah RM114,934 serta BAP kepada 100 pelajar yang layak daripada semester satu hingga tiga berjumlah RM1,000 seorang.

Pada itu majlis itu, Megat Zulkarnain berkata, usaha antara YBR dan Uniten itu diharapkan menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada pelajar yang cemerlang untuk terus berjaya di dalam dalam pendidikan serta sedikit sebanyak menyumbang kepada generasi muda yang berkaliber.

Tambah beliau lagi, penajaan pelajar ini turut memandang dari aspek pembangunan modal insan negara yang mampan serta menunjukkan komitmen yang diberikan oleh YBR dan UNITEN demi membantu pelajar yang cemerlang di dalam akademik dalam mengorak langkah ke hadapan tanpa sebarang masalah kewangan.

“Justeru, kerjasama antara YBR dan Uniten amat bersesuaian kerana usaha ini dilihat memberi keuntungan dan kebaikan bersama di mana pelajar berpotensi menjadi prospek sumber tenaga kerja mahir apabila menamatkan pengajian serta bertepatan dengan visi dan objektif penubuhan YBR iaitu membantu masyarakat Malaysia kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya