Wan Saiful persoal tawaran jadi PM tanpa gaji

Wan Saiful persoal tawaran jadi PM tanpa gaji

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan tindakan mana-mana pemimpin berjanji untuk tidak mengambil gaji jika dilantik sebagai Perdana Menteri menimbulkan persoalan besar.

Dakwanya, tindakan itu seolah-olah mencerminkan seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab malah kekayaan pemimpin itu wajar dipersoal.

Tidak pasti Wan Saiful merujuk kepada siapa tetapi Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dilapor hanya menyatakan mahu kurangkan gaji Perdana Menteri dan Kabinet, bukannya menolak gaji Perdana Menteri.

“Bagaimana mungkin seorang yang ada tanggungjawab sebegitu besar mengepalai sebuah parti dan ada keluarga. Boleh dilihat kehidupannya bukan macam orang duduk di Pantai Balok, mana mungkin tak ambil gaji.

“Siapa nak biaya kehidupan dia, siapa nak bayar kos-kos yang timbul daripada perbelanjaan seharian keluarga?

“Ini sebenarnya menimbulkan persoalan lebih besar, banyak mana kekayaan disimpan sehingga lima tahun tak payah ambil gaji. Kita ini kalau sebulan tak dapat pendapatan bulanan pun pening kepala nak bayar kos keluarga,” katanya dalam video dimuat naik di akaun Facebooknya.

Sebab itu, katanya, tawaran retorik yang dibawa oleh sesetengah pemimpin perlu dipersoalkan.

“Kita jangan tertipu. Kalau dia begitu kaya hingga boleh membiayai hidup yang mewah tanpa ambil gaji, mana datangnya duit yang dia dapat? Siapa membiayai dia secara rahsia hingga begitu banyak duit?

“Berapa banyak kekayaan yang dia telah kumpul sehingga mampu menolak begitu saja gaji bulanan yang diberi?

“Kita perlu ingat, jika Perdana Menteri bergantung kepada taikun-taikun untuk menyara hidup dan keluarga, maka rasuah akan bermaharajalela dalam negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya