Traver Noah bakal tinggalkan The Daily Show - Utusan Malaysia

Traver Noah bakal tinggalkan The Daily Show

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pengacara The Daily Show, Traver Noah mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan bakal meninggalkan rancangan tersebut.

ABC News melaporkan, Noah membuat pengumuman tersebut dalam sesi rakaman program itu, baru-baru ini.

“Selepas tujuh tahun mengacarakan rancangan ini, saya akur, masa saya sudah tamat.

“Saya gembira mengendalikannya. Ia menjadi antara perkara yang paling mencabar dan membawa kegembiraan bermakna dalam hidup saya.

“Tetapi, selepas tujuh tahun, saya fikir sudah masanya saya meninggalkan rancangan ini dan terus meneroka kehidupan yang lain,” katanya.

Noah dan pihak produksi, bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci tarikh terakhir dia mengendalikan rancangan itu.

Noah yang merupakan pelawak dari Afrika Selatan mengambil alih tugasan sebagai pengacara The Daily Show selepas Jon Stewart meninggalkan rancangan tersebut pada 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya