Tommy Thomas saman Pasukan Petugas Khas

Tommy Thomas saman Pasukan Petugas Khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman pemula terhadap Pasukan Petugas Khas yang menyiasat siasatan pelbagai dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Beliau menamakan pengerusi dan ahli Pasukan Petugas Khas terbabit serta Kerajaan Malaysia selaku defendan.

Tommy melalui saman pemulanya menyatakan Pasukan Khas tersebut telah ditubuhkan secara salah sekaligus menjadikan laporan siasatan terhadap buku tulisannya adalah tidak sah dan terbatal.

Antara relif yang dimohon adalah perisytiharan bahawa Pasukan Petugas Khas dan ahlinya adalah badan tidak sah, tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk melaksanakan fungsi yang diberikan oleh kerajaan.

Selain itu, turut dipohon adalah perisytiharan bahawa penerbitan laporan itu oleh kerajaan melanggar hak beliau seperti yang dilindungi oleh Perkara 5(1) (kebebasan asasi ) dan 13(1) Perlembagaan Persekutuan.

Pasukan Petugas Khas yang diwujudkan sekitar Disember 2021 dipengerusikan Penasihat Undang-undang dan bekas Peguam Besar Sarawak Fong Joo Chung selain dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Hashim Paijan serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Junaidah Kamaruddin.

Pasukan itu turut dianggotai bekas Hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara Jagjit Singh serta dua peguam Shaharudin Ali dan K Balaguru selain wakil-wakil daripada kementerian/jabatan berkepentingan.

Antaranya seperti Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO).

Berdasarkan siasatan yang dibuat, pasukan itu mengkategorikan 19 isu penting dikesan dalam buku berkenaan kepada empat isu utama, iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional; serta kenyataan berbaur hasutan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya