Saya tidak berapa sihat - Zaki Yamani - Utusan Malaysia

Saya tidak berapa sihat – Zaki Yamani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Maafkan saya.”

Demikian permohonan maaf dibuat penyanyi, Zaki Yamani kerana gagal menyanyi dengan baik pada Majlis Pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang di Kuantan, semalam.

Menerusi Threads Zaki memaklumkan faktor kesihatan menjadi punca dia tidak dapat beraksi lincah pada pelancaran tersebut.

“Stadium Darul Makmur Pahang! Maafkan saya, saya tidak berapa sihat tadi tapi saya cuba habiskan semua lagu. Terima kasih semua,” tulisnya.

Perkongsian Zaki itu menerima banyak reaksi dengan ramai yang mendoakan agar dia cepat sembuh.

”Tengok siaran langsung tadi, macam nak pengsan sahaja, semoga cepat sembuh,” tulis pengikutnya di laman tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN