Jika mempunyai keledek di rumah, apa kata buat cucur badak untuk sajian minum petang pada hujung minggu ini.
Kulitnya yang lembut dengan inti kelapa pedas pasti menggamit selera seisi keluarga.
Keenakannya lebih terasa apabila cucur badak yang masih panas disajikan bersama secawan kopi atau teh.
Bahan-bahan inti:
• 1 biji kelapa parut
• 200 gram udang (dicincang)
• 10 gram udang kering (dikisar halus)
• 50 gram bawang merah (dikisar halus)
• 10 gram bawang putih (dikisar halus)
• 10 gram halia (dikisar halus)
• 10 gram lengkuas (dikisar halus)
• 2 batang serai (dikisar halus)
• 10 gram cili kering (direbus dan dikisar halus)
• 3 gram serbuk kunyit
• Garam, serbuk perasa dan gula secukupnya
• Minyak (untuk menumis)
Cara penyediaan inti:
• Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar kecuali cili dan udang kering.
• Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
• Kemudian, masukkan cili kering dan tumis sehingga garing disusuli dengan serbuk kunyit.
• Masukkan udang kering
• Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa.
• Masukkan kelapa parut dan kacau rata.
• Sejukkan inti pada suhu bilik sebelum digunakan.
Bahan-bahan kulit:
• 1 kilogram keledek (direbus dan dilenyek)
• 150 gram tepung gandum
• 15 gram udang kering (direndam dalam air)
Cara penyediaan kulit:
• Campurkan keledek dan tepung gandum, kemudian uli sehingga doh lembut.
• Timbang doh seberat 30 hingga 35 gram setiap satu.
• Leperkan doh dan masukkan inti kemudian bulatkan dan leperkan semula.
• Letakkan udang kering di atas doh sebagai hiasan
• Goreng dalam minyak yang banyak sehingga kuih timbul di permukaa dan berwarna kuning keemasan.
• Angkat dan toskan minyak.
• Sedia untuk dihidangkan.
Terima kasih: Pensyarah Kanan, UiTM Cawangan Terengganu, Arma Mohd. Faizal Abu Bakar
Instagram : @armafyzal









