Tengku Zafrul kekal bentang Bajet 2023 - Utusan Malaysia

Tengku Zafrul kekal bentang Bajet 2023

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kekal membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada 7 Oktober ini.

Ini sekali gus menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan membentangkan Bajet 2023.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ismail Sabri ketika bertemu dengan ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) di ibu negara hari ini.

“Menteri Kewangan,” jawabnya ringkas ketika ditanya sama ada beliau akan membentangkan belanjawan negara kali ini.

Ini kali ketiga Tengku Zafrul menjadi pembentang selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022.

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perdana Menteri akan membentangkan Bajet 2023.

Bagaimanapun Ismail Sabri menjelaskan, beliau hanya akan membentangkan Bajet 2023 sekiranya perlembagaan dan perundangan membenarkannya.

Sesi sidang Dewan Rakyat akan bermula pada Isnin ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya