Tanding atau tidak, tetap khidmat untuk rakyat - Hans Isaac

Tanding atau tidak, tetap khidmat untuk rakyat – Hans Isaac

HANS ISAAC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Hans Isaac bersedia sekiranya dipilih sebagai pencabar di kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Hans berkata, sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), dia menyerahkan soal pemilihan kepada pucuk pimpinan namun jika tidak terpilih tetap berkhidmat untuk rakyat terutama di kawasan Ampang.

“Jawapan itu tidak ada pada saya. Sama ada layak atau tidak, itu terpulang kepada pucuk kepemimpinan kerana mereka yang memilih calon bersesuaian. Diberi peluang atau tidak, saya terus berkhidmat.

“Sejujurnya, kita harus bersedia. Bukan untuk diri semata-mata, sebaliknya kepada semua yang mempunyai integriti dalam membawa suara rakyat. Kita berkhidmat untuk mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

AHMAD IDHAM

Selain Hans, beberapa anak seni antaranya Ahmad Idham dan Shahrol Shiro disebut-sebut bakal menjadi taruhan untuk mencabar kerusi Parlimen pada PRU15.

Sementara itu, Hans yang juga Ketua Cabang PKR Ampang menyeru rakyat memilih pemimpin yang benar-benar boleh berkhidmat dan mengemudi harapan mereka demi kesejahteraan serta kehidupan yang lebih baik.

“Ketika mahu mengundi, tanya diri sendiri sebelum memangkah. Adakah ini Malaysia yang kita mahu? Adakah pemimpin ini berjiwa rakyat? Itu semua tepuk dada, tanya selera.

“Kita kena fikir 10 tahun akan datang. Tidak ada pimpinan yang boleh terus mengubah negara dalam masa setahun. Kita perlu pemimpin yang lebih berintegriti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN