PETALING JAYA: Parti politik dari Sabah dan Sarawak akan jadi penentu dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu sekiranya tiada parti dari Semenanjung berjaya memperoleh ma joriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Keadaan itu tidak dapat dielakkan sekiranya tiada satu parti atau pakatan yang dominan dalam perebutan 222 kerusi Parlimen atau memperoleh sekurang-kurangnya 112 kerusi. Sabah dan Sarawak masing-masing memiliki 25 dan 31 Parlimen dengan jumlah keseluruhan 56 kerusi.…

								
											








