PRU15: Lebih 12 jentera Parlimen BN Selangor sudah dilancar

PRU15: Lebih 12 jentera Parlimen BN Selangor sudah dilancar

NOH Omar bersama peserta yang menghadiri Seminar Asas Keusahawanan Tekun Nasional di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 12 Parlimen di Selangor sudah melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, sebahagian daripada 22 Parlimen melaksanakan tanggungjawab itu sehingga semalam.

“Kebanyakan daripada jentera itu dilancarkan sendiri oleh saya dan ada juga yang melancarkannya sendiri. Apa yang penting adalah persediaan penuh komponen BN bagi pilihan raya kali ini sekali gus menawan semula Selangor,” katanya selepas merasmikan Seminar Asas Keusahawanan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional di Seksyen 13 di sini, hari ini.

Kata Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, jentera Parlimen Tanjong Karang setakat ini belum dilancarkan dan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, BN Selangor sudah menetapkan sasaran jumlah kemenangan kerusi pada PRU15.

“Kita memang mempunyai sasaran namun saya belum boleh menyatakan jumlah berkenaan. Selain itu, perbincangan mengenai pembahagian kerusi masih sedang dijalankan ketika ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, peruntukan Skim Pembiayaan Online (SPOT) Tekun Nasional ditambah kepada RM50 juta pada tahun depan.

“Skim pembiayaan baharu yang diperkenal Ogos lalu itu bertujuan membantu usahawan dalam talian bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Peruntukan yang disediakan tahun ini hanya RM10 juta namun ia akan ditambah berikutan mendapat sambutan menggalakkan daripada usahawan tersebut,” katanya.

Tambah beliau, seramai 30 kakitangan Tekun Nasional turut sudah menyertai kursus khas dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memudahkan urusan mendapatkan logo halal kepada usahawan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya