PRU15: Amanah Perak umum calon tanpa nama Nik Omar

PRU15: Amanah Perak umum calon tanpa nama Nik Omar

ASMUNI Awi (tengah, depan) bersama calon Amanah yang akan bertanding pada PRU15 dalam sidang akhbar di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Amanah Perak mengumumkan senarai calon parti itu yang bertanding di Parlimen dan Dewan Udangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tanpa nama anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar Nik Aziz.

Sebelum ini, Nik Omar antara nama yang diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding mewakili PH di Perak.

Dalam sidang akhbar di sini hari ini,  Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi mengumumkan nama calon dari parti itu yang bertanding di enam Parlimen dan 20 DUN.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusuf kekal mempertahan Parlimen Parit Buntar manakala penyandang, Datuk Mohd. Hatta Md Ramli  kekal dicalonkan di Parlimen Lumut.

Asmuni kekal bertanding di kerusi DUN Manjoi.

Asmuni yang ditanya mengenai ketiadaan nama Nik Omar yang dikatakan akan bertanding di Perak, berkata, beliau tiada maklumat mengenai perkara itu.

Beliau juga tiada maklumat sama ada Nik Omar akan bertanding atas tiket Amanah atau PKR.

“Itu saya tak tahulah, itu nasional punya isu. Saya tak ada maklumat mengenai dia. Anda boleh tanya dia sendiri,” katanya.

Pada PRU14, Nik Omar bertanding di DUN Chempaka di bawah Parlimen Pengkalan Chepa atas tiket Amanah.

Berikutan ketiadaan nama beliau pada pengumuman senarai calon Amanah Perak hari ini, dikatakan Nik Omar akan bertanding atas tiket PKR di Perak.

Setakat ini PKR Perak belum mengumumkan senarai calon.

Berikut adalah senarai calon Parlimen dan DUN Amanah Perak:

PARLIMEN

P56 Larut:  Zolkarnain Abidin

P57 Parit Buntar: Mujahid Yusuf

P59 Bukit Gantang:  Fakhruldin Mohd Hashim

P67 Kuala Kangsar: Ahmad Termizi Ramli

P69 Parit:  Nurthaqaffah Nordin

P74 Lumut: Mohd Hatta  Md Ramli

DUN

N01 Pengkalan Hulu:  Mohd Saad Ismail

N04 Kota Tampan:  Mohd Sabri Abdul Manaf

N05 Selama:  Razali Ismail

N06 Kubu Gajah:  Mohd Nazri Din

N08 Titi Serong:  Muhammad Nakhaie Wahab

N11 Gunung Semanggol:  Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar

N12 Selinsing: Ahmad Saqif Ansarallah Ahmad Jihbaz Mokhlis

N14 Changkat Jering: Megat Shariffudin Ibrahim

N16 Kamunting: Muhd Fadhil  Nuruddin

N20 Lubok Merbau: Zaiton  Latiff

N23 Manjoi: Asmuni Awi

N35 Manong: Mohd Jamsari  Mahamood

N39 Belanja:  Mohd Ikhmal Mohd Iskandar

N44 Sungai Rapat:  Mohammad Nizar Jamaluddin

N48 Ayer Kuning:  Mohd Nazri Hashim

N50 Kampong Gajah:  Mohd Syamsul Alauddin

N51 Pasir Panjang:  Yahaya Mat Nor

N53 Rungkup: Ahmad Munzirie Ahmad Kabir

N56 Changkat: Jong Muhaimin  Sulam

N59 Behrang: Khairol Najib Hashim

UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya