PRU-15 : Pas yakin pertahan kerusi Parlimen Kuala Terengganu

PRU-15 : Pas yakin pertahan kerusi Parlimen Kuala Terengganu

AHMAD Amzad Hashim (tengah) beramah mesra bersama Qabil Irfan Azlan (kiri) dan Azlan Abdul Rahman di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yakin kerusi di Parlimen itu kekal dalam tangan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat  berkata, parti itu turut percaya dapat mencatat keputusan lebih baik berbanding kerusi-kerusi  Parlimen lain yang dimenangi Pas pada 2018.

Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan kepada pelbagai pencapaian serta kejayaan Pas memimpin kerajaan negeri Terengganu sejak empat lalu.

“Pada jangkaan kami, Pas mampu untuk mencatat keputusan lebih baik berbanding PRU-14 kerana kami telah bertungkus-lumus memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Selain itu faktor pengundi baharu berusia 18 tahun juga bakal memberi kesan besar kepada blok serta pola pengundian nanti dan melihat kepada sentimen semasa, Pas ada peluang yang sangat baik.

“Berkenaan status sebagai calon di Kuala Terengganu, terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan dan pengumuman itu akan dibuat tidak lama lagi,” jelasnya.

Ahmad Amzad berkata demikian setelah menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada pelumba MotoGP Mini negara, Qabil Irfan Azlan di bengkel milik bapanya, Azlan Abdul Rahman di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menambah, beliau tidak berdepan sebarang halangan jika dipilih untuk mempertahankan Parlimen Kuala Terengganu.

Tambahnya, hubungan baik bersama penduduk di kawasan parlimen berkenaan menjadi asas kepada kejayaan Pas dan mengakui tiada sebab untuk ‘lari’ daripada Kuala Terengganu.

“Saya tiada masalah di Kuala Terengganu. Biasanya orang yang ‘melompat-lompat’ sekejap di sini kemudian ke tempat (Parlimen) lain, orang itu ada masalah.

“Jadi Pas yakin dapat pertahankan negeri Terengganu. Fokus sekarang adalah menambah bilangan kerusi di peringkat persekutuan untuk terus berada dalam kerajaan pusat,” katanya.

Pada PRU ke-14, Ahmad Amzad memenangi pertembungan tiga penjuru dengan majoriti 14,773 undi ke atas calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya