Program penanaman semula bagi lindungi hutan di Perak

Program penanaman semula bagi lindungi hutan di Perak

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menanam pokok pada sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak di The Treasure@ Taman Herba di Gopeng hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Negeri Perak melihat hutan mempunyai banyak fungsi yang boleh dimanfaatkan antaranya termasuklah untuk tujuan pendidikan, penyertaan dan kesedaran  serta komunikasi justeru program penanaman perlu diperhebatkan supaya khazanah tersebuit tidak pupus.

Menteri Besar Datuk Saarani Muhamamd berkata, hutan merupakan khazanah negara yang penting dalam menjamin kestabilan ekosistem dan berkait rapat dengan pembangunan sosioekonomi negara dan perlu diuruskan secara berkekalan.

Katanya, hingga September lalu, sebanyak 1.37 juta pokok berjaya ditanam di seluruh negeri.

“Kejayaan ini dicapai hasil pelbagai program penanaman pokok termasuk komunikasi , pendidikan , penyertan dan kesedaran (CEPA) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak bersama pihak-pihak berkuasa tempatan,  agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar dan orang awam,” katanya.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan sambutan tersebut  Keberangkatan baginda yang ditemani Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Beliau berkata, sambutan yang bertemakan ‘Hutan untuk Kesejahteraan Masyarakat’ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pelbagai jenis hutan serta pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Menurutnya, pada masa sama, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah mengklasifikasikan sejumlah 485,613 hektar daripada kawasan Hutan Simpanan Kekal sebagai Hutan Perlindungan dan 295,400 hektar daripadanya adalah sebagai Hutan Tadahan Air.

“Fungsi kelas hutan sebagai perlindungan, ini mengukuhkan lagi jumlah kawasan berhutan di Negeri Perak yang terus dipelihara dan dilindungi,” katanya

Pada program itu,  Sultan Nazrin berkenan menyerahkan anak pokok kepada Pegawai Daerah dan Tanah Kinta, Meor Hezbullah Meor Abd Malik dan Pengurus The Treasure@ Taman Herba Gopeng, Eidia Erriany Abdul Rahim.

Baginda turut berkenan menyampaikan sijil penghargaan sumbangan penanaman pokok kepada Pengurus Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Yahanis Yahya dan Pengurus Lembaga Air Perak (LAP), Datuk Ishak Abdul Rahman.

Sultan Nazrin berkenan melakukan penanaman pokok dan lawatan ke pameran serta jamuan santapan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya