Bapa Fatin Afeefa meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Fatin Afeefa meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon Fatin Afeefa, Shamsudin, telah meninggal dunia pada Sabtu.

Berita duka itu disampaikan sendiri pelakon Tentang Bulan itu di Threads.

“Hari ini, saya mengucapkan selamat tinggal kepada Baba saya. Dia telah meninggal dunia pada jam 3:48 pagi,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Fatin bagaimanapun bersyukur kerana dia dan adik sempat berada di sisi bapa, menemani di hujung usianya.

“Saya dan adik saya berada di sisinya ketika itu.

“Saya rasa semuanya masih belum benar-benar saya hadam lagi. Saya pun tidak tahu apa lagi yang hendak saya katakan,” katanya.

Bagaimanapun, Fatin tidak berkongsi lanjut mengenai punca kematian bapanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Fatin turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan kenangan bersama arwah bapa tercinta.

“Terima kasih sebab menyayangi saya seumur hidup, dan saya akan rindu ayah sepanjang hayat saya, Al-Fatihah, tulisnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN