Polis siasat video tular kekecohan di Setapak

Polis siasat video tular kekecohan di Setapak

TANGKAP layar menunjukkan kekecohan sekumpulan individu di Setapak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menyiasat video tular melibatkan kekecohan dan pertengkaran sekumpulan individu di tepi Jalan Usahawan Setapak dekat sini. 

Ini susulan pihak polis mengesan video berdurasi 41 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, @ NanManjoi8715 tular pada 10.55 pagi hari ini. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashaari Abu Samah berkata, semakan pihak polis mendapati kejadian berlaku di Jalan Usahawan 6, Setapak dekat sini , kelmarin.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah menerima laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak pada hari kejadian. 

“Kejadian ini berpunca akibat perselisihan faham kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan masing-masing. 

“Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai enam bulan atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, kes masih dalam siasatan pihak polis.

Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa mengawal emosi serta sentiasa bersabar jika berlaku perselisihan faham di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya perkara yang menyalahi undang-undang. 

“Orang awam yang mempunyai maklumat dalam kejadian ini boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai Polis berhampiran,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya