Perhimpunan Agung MIC riuh PM bubar Parlimen

Perhimpunan Agung MIC riuh PM bubar Parlimen

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran diiringi oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Saravanan Murugan bersama ahli majlis tertinggi MIC bersorak semasa menyaksikan siaran langsung Perutusan Khas mengenai pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika Perhimpunan Agung MIC di MITEC, hari ini. -UTUSAN AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung MIC yang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) hari ini bersorak riuh selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen.

Anggota yang hadir di sini bertepuk tangan gemuruh apabila menyaksikan Perutusan Khas Perdana Menteri melalui skrin yang disiarkan secara langsung di sini.

Laungan hidup Barisan Nasional (BN) mengiringi perutusan itu bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan yang diambil Ismail Sabri.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk membubarkan Parlimen Penggal Ke-14 berkuatkuasa hari ini.

Beliau berkata, perkara itu selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN