Pengunjung cemas kontena di  tapak fun fair terbakar

Pengunjung cemas kontena di  tapak fun fair terbakar

KEBAKARAN sebuah kontena menempatkan barangan elektronik terbakar di sebuah tapak pesta ria, di Bandar Baru Tanah Merah, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH:  Pengunjung di sebuah tapak pesta ria  di Bandar Baru Tanah Merah di sini, bertempiaran lari selepas melihat sebuah kontena yang menyimpan peralatan elektronik di kawasan itu terbakar, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 malam itu disedari pihak pengurusan selepas melihat kepulan asap dan api yang membakar kontena tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd. Zulkifli Osman berkata,  pihak pengurusan pesta ria itu membuat pencegahan awal dengan mengarahkan semua pengunjung keluar dari kawasan berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.04 malam sebelum tujuh anggota bomba dan sebuah jentera  ke tapak ekspo itu.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati api sedang marak membakar sebuah kontena yang menempatkan pelbagai barangan elektronik.

“Kesemua barangan tersebut tidak sempat diselamatkan kerana kebakaran berlaku dengan pantas,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Mohd. Zulkifli memberitahu, jumlah pengunjung semasa kejadian agak ramai kerana ia malam terakhir penganjuran fun fair itu selepas empat minggu beroperasi di situ.

Katanya, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan pasukan bomba sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung oleh penganjur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN