Pemandu teksi didakwa edar lebih 700 gram kanabis

Pemandu teksi didakwa edar lebih 700 gram kanabis

KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 748.59 gram kanabis, awal tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd. Faris Ali, 55, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Aslam Zainuddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah berkenaan di kaki lima tepi Jalan 3/149J, Bandar Baru Seri Petaling, pada pukul 5 petang, 23 Januari 2025.

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 12 kali sebatan sekiranya tidak dihukum mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi lantikan peguam pada 20 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN