Penduduk ketakutan diancam gajah liar

Penduduk ketakutan diancam gajah liar

SURIATI Kasim (kiri) menunjukkan sebahagian pokok pisang yang ditanam berdekatan rumahnya dimusnahkan sekumpulan gajah liar di Kampung Basung, Hulu Terengganu. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU : Penduduk di Kampung Basung, dekat sini ketakutan berikutan sekumpulan gajah liar yang sebelum ini sering rosakkan tanaman kebun, kini menceroboh masuk ke kawasan kediaman.

Dalam kejadian terbaharu kira-kira 3.30 pagi semalam, puluhan pokok pisang yang diusahakan empat penduduk dimusnahkan haiwan berkenaan selain turut mengakibatkan kerosakan paip air.

Seorang penduduk, Timah Sulong, 71, berkata, dia terdengar bunyi bising ketika bangun untuk ke tandas.

Katanya, dia bersama anaknya, Saadiah Abdul Kadir, 29, kemudiannya memberanikan diri membuka tingkap untuk meninjau keadaan dan terkejut mendapati kira-kira 10 ekor gajah di depan rumahnya.

“Ketika itu, kami hanya mampu terdiam kerana ketakutan dan melihat sahaja satu demi satu pokok pisang dimusnahkan gajah selain pelbagai sayuran seperti petola serta kacang botol.

“Lebih kurang setengah jam selepas itu, kawanan gajah liar berkenaan melintas jalan dan menuju ke halaman rumah penduduk yang lain pula serta kawasan kebun pisang.

“Sekitar pukul 6 pagi, gajah tersebut kembali ke halaman rumah saya dan berlalu ke arah kawasan hutan di belakang rumah. Kejadian begini kali pertama dihadapi sepanjang tinggal di sini,” katanya ketika ditemui di Kampung Basung di sini, semalam.

Tambah warga emas itu, mamalia tersebut semakin berani menghampiri kawasan rumah penduduk sejak kebelakangan ini dan diharapkan pihak berkaitan dapat melakukan sesuatu tindakan.

Sementara itu, Surati Kasim, 40, berkata, pada mulanya dia menyangkakan bunyi bising termasuk bunyi kayu patah perbuatan khinzir dan benar-benar terkejut apabila melihat sekumpulan gajah di depan rumah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN