Pelakon popular letak harga mahal

Pelakon popular letak harga mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU kuasa pemilihan pelakon bagi produksi drama di tangan stesen televisyen (TV) bagaikan konflik yang tidak berkesudahan. Pelbagai rungutan diterima, terutama daripada syarikat produksi yang terpaksa berdepan pelbagai kerenah untuk memastikan naskhah bakal diterbitkan diterima stesen TV.

Belum lagi penerbit terpaksa melayan permintaan pelakon dan pengurusan mereka yang meletakkan bayaran mahal dan tidak ‘masuk akal’, semata-mata kerana menjadi pilihan stesen TV.

Penerbit juga terpaksa akur dengan permintaan stesen TV yang berlumba-lumba mengejar pelakon atau pempengaruh media sosial popular, tanpa meneliti terlebih dahulu keupayaan dan mutu lakonan mereka.

Soal bayaran diletakkan sepenuhnya ke atas bahu penerbit yang sudah sedia terbeban dengan peruntukan yang ciput memburukkan lagi situasi. Masihkah ada sinar di sebalik kemelut yang sudah bertahun-tahun berakar ini?

Hangat Seminggu mengetengahkan keluhan dan suara pembikin drama yang berharap stesen TV mempertimbangkan supaya kuasa memilih pelakon diserahkan sepenuhnya kepada penerbit.

Rai keterbukaan, tolak unsur favoritisme – Suhaimi Lua

Bagi penerbit dan pengarah, Suhaimi Lua, keterbukaan stesen TV dalam isu pemilihan pelakon mampu meningkatkan kualiti sesebuah karya apabila barisan teraju produksi ditentukan berdasarkan kesesuaian skrip.

“Saya tidak mempunyai masalah tentang pemilihan pelakon kerana perkara itu boleh dibincangkan dengan stesen TV. Tetapi, saya pasti lebih gembira jika kami diberi kebebasan untuk memilih.

“Keterbukaan itu penting kerana kriteria pemilihan pelakon adalah berdasarkan kehendak karakter dan skrip. Kita tidak boleh lihat hanya dari sudut populariti semata-mata. 

“Ada karakter yang kita tahu hanya pelakon tertentu yang boleh bawa. Ada pelakon yang kita letak sebagai teraju, tetapi tidak mempunyai aura. Sekadar popular tetapi tidak ada x-factor untuk menghidupkan watak,” katanya.

Suhaimi menambah, sekiranya pihak produksi boleh menentukan pelakon yang bersesuaian, pastinya bajet dalam menerbitkan sesebuah karya dapat disusun dengan baik menerusi perbincangan secara langsung antara kedua-dua pihak.

“Ada segelintir pelakon apabila mendapat tahu stesen TV yang minta, terus letak harga mahal. Jika kita bebas memilih pelakon, kita boleh bincang harga yang sesuai, ia sekali gus boleh menyusun bajet sesebuah produksi,” katanya.

Ditanya adakah kebebasan memilih pelakon itu akan mewujudkan isu favoritisme, Suhaimi secara peribadi berpendapat, keselesaan dan keserasian pelakon dengan produksi memudahkan kerja penggambaran. 

“Kalau pelakon itu senang bekerja, boleh bawa berbincang dan tidak mempunyai masalah disiplin, kenapa takut dengan isu favoritisme? Kita mahu penggambaran berjalan lancar. 

“Lebih senang bekerja dengan pelakon yang tahu menjaga disiplin dan tidak membebankan produksi dengan masalah tidak bersangkut paut dengan urusan kerja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya