Pelajar susah tular di media sosial dapat bantuan - Utusan Malaysia

Pelajar susah tular di media sosial dapat bantuan

NUR Amalin Syaffah Saman (kanan) dibantu kakitangan Yayasan Raja Shamri membawa barang-barang ke kolej kediaman di Kampus Gong Badak UniSZA, Kuala Nerus, Terengganu, semalam. – UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kesusahan hi­dup seorang pelajar, Nur Amalin Syaffah Saman yang pernah tular di media sosial kerana terpaksa berulang-alik sejauh 30 kilometer meredah kebun getah dan kelapa sawit mencari wang persediaan ke universiti mendapat bantuan pelbagai pihak.

Kini, Nur Amalin Syaffah, 20, mampu menarik nafas lega ke­rana telah mendapat tajaan biasiswa sebanyak RM30,000 daripada tabung wakaf Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Beliau sekarang berada di semester tiga Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Kewangan Islam UniSZA berkata, sejak kisahnya tular, banyak pihak dan individu perseorangan tampil memberi bantuan termasuk kata-kata semangat agar tidak mudah putus asa untuk menyambung pengajian.

“Alhamdulillah, perjalanan dari Kampung Tandak, Rantau Panjang Kelantan ke UniSZA juga dibiayai oleh Yayasan Raja Shamri kerana keluarga saya tiada kenderaan.

“Semua jasa baik pelbagai pihak sangat saya hargai dan akan belajar bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan keluarga dari kepompong kemiskinan,” katanya ketika ditemui semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan kegigihannya pergi menoreh getah dari pukul 7 hingga 11 pagi dan sejam lagi pada waktu petang untuk mencari wang menyambung pengajian ke semester tiga secara bersemuka di UniSZA.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN