Pasukan koir UiTM catat satu lagi kejayaan di Itali

Pasukan koir UiTM catat satu lagi kejayaan di Itali

uitm
UiTM Chamber Choir (UCC) terus mengukir kejayaan di pentas antarabangsa apabila merangkul satu lagi piala 'Grand Prix' dalam pertandingan koir antarabangsa Isola Del Sole di Grado, Itali..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GRADO (Itali): Selepas menyapu bersih pertandingan di Barcelona, pasukan koir Universiti Teknologi MARA (UiTM), UiTM Chamber Choir (UCC) terus mengukir kejayaan di pentas antarabangsa apabila merangkul satu lagi piala ‘Grand Prix’ dalam pertandingan koir antarabangsa Isola Del Sole di Grado, Itali.

Pada pertandingan oti UCC mengutip dua pingat emas iaitu juara dalam kategori ‘Mixed voice’ (Gold Level 7) dengan mengutip 27.44 markah daripada 30 markah keseluruhan dan 27.75 markah dalam kategori ‘Folklore’ (Gold Level 6).

Pasukan koir yang dipimpin oleh Professor Madya Dr. Masashi Kishimoto mengulangi kejayaan minggu lalu selepas memenangi ‘Grand Prix World Champion’ di Festival dan pertandingan Koir Antarabangsa Pau Casals Ke-11 di Barcelona, Sepanyol.

Pada pertandingan di Itali itu, UCC yang ditubuhkan pada tahun 2015 itu berjaya menewaskan 14 pasukan lain yang mewakili negara dari seluruh dunia antaranya Austria, Mexico, Switzerland termasuk tuan rumah dan beberapa negara Eropah yang lain. 

Pasukan UCC berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyertai pertandingan di Eropah pada Pada 18 September lalu. Destinasi pertama mereka adalah  Barcelona diikuti Grado, Itali. 

Turut serta membantu pasukan itu adalah dua Pensyarah iaitu Maryann Magdalena Linnis yang menyanyi bersama pasukan dan Professor Dr. Tazul Izan Tajuddin yang mengiringi pasukan.

Sebelum ini, UCC mencipta banyak kemenangan di peringkat antarabangsa seperti di Bali, Indonesia (2015), Prague, Greece (2017), Rome, Itali (2018), Toruń, Poland dan Wernigerode, Jerman (2019). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya