[Parlimen] Persiapan banjir fokus hari pertama Dewan Rakyat

[Parlimen] Persiapan banjir fokus hari pertama Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hari pertama persidangan Dewan Rakyat tertumpu kepada kesiapsiagaan agensi kerajaan dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir.

Dalam Aturan Urusan mesyuarat, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) akan mengajukan soalan mengenai tindakan kerajaan menangani cabaran tersebut demi menjaga kebajikan serta kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Ia disusuli dengan soalan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang meminta Perdana Menteri menyatakan perangkaan terkini butiran kategori pendapatan berkenaan isi rumah mengikut kategori B40, M40 dan T20 menurut pecahan tahun bermula 2019 sehingga 2022.

Begitu juga Datuk Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang turut ingin tahu mengenai status Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir pada hujung tahun ini.

Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) pula meminta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan persiapan kementerian itu bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka melanda Kuala Lumpur pada akhir tahun ini.

Persidangan kali ini bakal menyaksikan pembentangan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2022 untuk bacaan kali pertama.

Ia akan berlangsung selama 32 hari hingga 29 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya