Noryn Aziz terpaksa guna TikTok

Noryn Aziz terpaksa guna TikTok

NORYN Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Noryn Aziz terpaksa akur dengan kehendak muzik industri yang melihat TikTok sebagai medium penilaian keberhasilan sesebuah lagu baharu.

Memilih pendekatan berbeza dalam penghasilan lagu, Noryn atau nama lengkapnya, Norazmahwati Abdul Aziz, 45, dengan jujur memberitahu, dia bukan mahu merendahkan kedudukannya yang sudah berada dalam kelas tersendiri.

Namun, sebaliknya Noryn mahu lagu nuansa disko yang dihasilkan diterima dan digemari masyarakat.

“Pada saya, ini adalah evolusi muzik dan diri. Saya sebagai penggiat muzik yang sangat mementingkan teknikal, perlu membuat kelainan dan keluar dari kepompong jazz.

“Memandangkan pendengar di negara ini agak ‘manja’, perubahan perlu dibuat, tetapi itu bukan bermakna saya merendahkan martabat sendiri,” katanya selepas membuat persembahan pada majlis Persatuan Veteran RTM di Putrajaya.

Single baharu yang turut mendapat sentuhan Amylea Azizan dan Indra itu akan dilancarkan awal bulan depan.

Menyentuh kehidupan peribadinya, siapa sangka di sebalik keceriaan wajahnya, Noryn yang juga juara Gegar Vaganza musim kelima, tersimpan perasaan yang membelenggu diri.

Namun, kata Noryn, ada kisah yang perlu disimpan kemas dan bukan untuk dijaja meraih simpati.

Noryn tidak mahu kelihatan lemah, dia bingkas bangkit dan jiwanya perlu kental.

“Ada manis, ada bahagia.. macam-macam rasa. Saya bersyukur pada usia ini, orang masih terima dan suka dengan nyanyian saya.

“Sokongan ibu dan arwah bapa yang mendorong untuk menyanyi sejak kecil. Saya cekal dan bersyukur dikelilingi suami, pengurus serta rakan-rakan media yang tahu menjaga aib.

“Saya yakin Allah tidak akan buka aib seseorang kalau kita jaga aib orang lain. Saya yakin ini semua kuasa Allah SWT,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya