Negara tanggung kerugian RM23.8j - Utusan Malaysia

Negara tanggung kerugian RM23.8j

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Terengganu memeriksa lori tangki minyak yang dirampas dalam operasi di sebuah stor pelupusan di Kampung Teluk Pasu, Manir. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira RM23.8 juta kerugian ditanggung kerajaan angkara aktiviti penyeludupan petrol dan diesel dalam tempoh lima tahun sejak 2018 sehingga Ogos lalu.

Kerugian itu tidak mustahil terus meningkat apabila sindiket terlibat menyasarkan stesen minyak tertentu untuk melakukan pembelian bahan api bersubsidi berkenaan secara berulang sebelum dijual semula ke negara jiran.

Modus operandi digunakan sindiket adalah membeli petrol dan diesel menggunakan lori tangki yang diubah suai bagi mengisi bahan api berkenaan dengan jumlah yang tinggi.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, tangki itu mampu mengisi 1,000 sehingga 1,500 liter minyak diesel dan petrol dalam satu-satu masa.

Jelasnya, sindiket melakukan ubah suai dengan membuat tangki tambahan bagi membolehkan bahan api bersubsidi itu disedut dalam jumlah tinggi.

“Kemudian bahan api bersubsidi itu dibawa dan dikumpul di stor-stor haram yang berbeza lokasi bagi mengaburi pihak berkuasa sebelum dijual dengan harga yang lebih tinggi di negara jiran,” katanya di sini.

Menurutnya, sindiket terbabit semakin berani kerana ada pengusaha minyak di negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor melanggar arahan kementerian mewajibkan mereka meletakkan notis amaran ‘tidak boleh menjual Ron 95 atau diesel kepada warga asing’.

Jelasnya, ada pihak bersekongkol dengan cara membenarkan sindiket membuat transaksi jualan yang sama berulang kali.

“Malah ada sindiket melakukan kegiatan haram itu dalam waktu tertentu contohnya 12 tengah malam ketika kurang pelanggan mengisi minyak di stesen terlibat,” jelasnya.

Katanya, sejak 2018 sehingga Ogos lalu, 1,159 kes penyeludupan ditumpaskan membabitkan kerugian RM2.5 juta bagi petrol diikuti RM21.3 juta lagi penyelewengan melibatkan diesel.

“Bagi penyeludupan petrol, kerugian tertinggi direkodkan adalah pada 2019 iaitu seba_nyak RM1.17 juta diikuti Januari sehingga Ogos lalu (RM486,542) selain 2019 (RM346,863 juta); 2020 (RM271,188) dan 2021 (RM256,188).

“Kerugian bagi diesel pula, paling tinggi dicatatkan adalah 2019 dengan RM5.33 juta diikuti tahun lalu (RM3.45 juta) serta 2018 (RM2.54 juta) dan 2020 (RM1.97 juta).

Namun kerugian bagi diesel dilihat terus mening­kat dalam tempoh lapan bulan pertama apabila sebanyak RM8.05 juta kerugian dicatatkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya