MTUN perlu fokus bangun ekosistem keusahawanan mampan

MTUN perlu fokus bangun ekosistem keusahawanan mampan – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah merasmikan Elsevier-MTUN Symposium 2022 di Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, Arau, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Malaysian Technical University Network (MTUN) perlu memberi fokus terhadap misi bagi membangunkan ekosistem keusahawanan yang mampan dan berdaya saing di universiti.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, program perniagaan dan keusahawanan di MTUN perlu dioptimumkan bagi membekalkan pelajar dengan kemahiran merancang serta menyertai peluang perniagaan keusahawanan sebelum bergraduasi.

Titah baginda, inisiatif ini akan menyumbang kepada survival graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam dunia sebenar.

“Graduan kini berhadapan dengan cabaran memasuki bidang pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang diikuti di universiti. 

“Kita juga sedia maklum bahawa pasaran pekerjaan juga berubah dengan munculnya pelbagai kerjaya menerusi penguasaan pengetahuan dan kemahiran baru,” titah baginda selepas berkenan berangkat merasmikan Elsevier-MTUN Symposium 2022 di Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Pauh Putra, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda ke program itu disambut oleh Naib Canselor Unimap, Prof. Dr Zaliman Sauli dan Pengarah Wilayah Elsevier South East Asia, Omar Malik. 

Program yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran Unimap sebagai tuan rumah dengan kolaborasi MTUN dan Elsevier South East Asia.

Antara universiti-universiti MTUN negara yang terlibat adalah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Unimap.

Untuk rekod, Malaysia telah mengangkat TVET daripada program pensijilan pada peringkat sekolah kepada pengajian tinggi dan kini disemarakkan melalui penawaran program teknologi di MTUN. 

Pemerkasaan TVET bagi membangun dan mengembangkan bakat merupakan strategi negara dan MTUN merupakan pemacu penting agenda berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya