Mesyuarat khas SPR 20 Oktober ini

Mesyuarat khas SPR 20 Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada 20 Oktober ini. 

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat pada Khamis depan itu turut meliputi perbincangan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah. 

Katanya, Pengerusi SPR akan mempengerusikan mesyuarat berkenaan pada pukul 10.00 pagi di Menara SPR, di sini.

” Mesyuarat khas tersebut akan membincangkan tarikh seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan.

“(Ini termasuk) lain-lain persiapan bagi melaksanakan kedua-dua pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, kata Ikmalrudin, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN