MBSJ anjur latihan pembangunan usahawan mikro

MBSJ anjur latihan pembangunan usahawan mikro dengan kerjasama PLATS

mbsj
JOHARY Anuar menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Program Latihan Pembangunan Usahawan Mikro MBSJ.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama Platform Selangor (PLATS) telah menganjurkan Program Latihan Pembangunan Usahawan Mikro MBSJ pada 13 Oktober 2022 lalu (Khamis) bertempat di Dewan Kenanga, Aras 1 MBSJ.

Ia telah dirasmikan oleh Datuk Bandar MBSJ, Datuk Johary Anuar.

Program latihan itu telah disertai seramai 100 orang peniaga yang terdiri daripada peniaga pasar pagi, pasar malam, penjaja dan B40 pangsapuri angkat dengan penglibatan daripada 10 rakan
sinergi yang terdiri daripada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Platform Selangor (PLATS), Yayasan Hijrah Selangor, Maybank Berhad, OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Mynuu, Retort Lab, Best Marketing & Distributors Sdn Bhd, Teck Hunter Global Sdn. Bhd. dan Mesin Kira.

mbsj
SEBAHAGIAN peserta Program Latihan Pembangunan Usahawan Mikro MBSJ.

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peniaga kepentingan mendigitalisasikan perniagaan serta memberikan bantuan platform pesanan dalam talian.

Bagi melahirkan para peniaga celik teknologi, para peserta juga diperkenalkan dengan kaedah sistem pembayaran tanpa tunai atau ‘’cashless transaction’’ melalui bimbingan daripada pihak PLATS.

Melalui program ini, para peniaga juga akan di dedahkan dengan tips dan penyediaan media sosial yang efektif sebagai pemangkin perniagaan untuk menambah baik operasi perniagaan.

Selain daripada itu, dalam program ini pihak Menteri Besar Selangor (Incorporated) turut menyerahkan kad Sim dengan data internet percuma selama setahun kepada semua usahawan mikro yang hadir di bawah program Data Internet Selangor.

PLATS Selangor merupakan platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan untuk menggerakkan usahawan mikro Selangor. Ia juga sebagai memenuhi gagasan Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari dalam inisiatif RS-1 iaitu Ekonomi Digital.

Inisiatif ini merupakan usaha bagi membantu usahawan mikro dalam mempromosikan perniagaan melalui teknologi digital.

Sehingga September 2022, sebanyak 2,275 peniaga di dalam kawasan MBSJ telah berjaya mendaftarkan perniagaan di bawah platform PLATS bagi mempromosikan jenama produk masing-masing.

Dalam usaha memperkasakan golongan usahawan mikro, pelbagai program telah dirangka dan dilaksanakan di bawah kawasan pentadbiran MBSJ. Fokus utama program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penjanaan pendapatan dengan menghubungkan peluang pekerjaan kepada peniaga sekali gus menggalakkan kepada pelbagai peluang pekerjaan.

Untuk makluman pada tahun 2022, pihak Majlis telah melaksanakan sebanyak lapan (8) program bersama PLATS iaitu:

  1. Program Digitalisasi Bazar Ramadan BK 5, Bandar Kinrara
  2. Perasmian PLATS 3.0 di BK 5, Bandar Kinrara
  3. Program Digitalisasi Medan Selera
  4. Program Jejak Peniaga
  5. Program Digitalisasi Pasar Tani FAMA
  6. Program Jelajah PLATS bersama Rakan Digital Selangor (RDS)
  7. Program Digitalisasi Medan Selera sempena Majlis Perasmian Medan Selera Puchong Permai
  8. Program Latihan Pembangunan Usahawan Mikro MBSJ dengan kerjasama Platform Selangor (PLATS)

Manakala satu program lagi akan dilaksanakan dalam masa terdekat iaitu Karnival MBSJ – PLATS @ Dataran Niaga Puchong Permai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya