PM yakin dapat mandat baharu - Utusan Malaysia

PM yakin dapat mandat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 April 1978, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn yang yakin rakyat akan bersedia memberi mandat baharu kepada Kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang kerana telah bertindak dengan adil, jujur dan penuh keikhlasan memerintah negara.

“Kita telah bertindak adil, jujur dan penuh ikhlas. Kita tidak perlu bimbang daripada mendapat mandat baharu rakyat bagi meneruskan usaha-usaha yang boleh menghasilkan faedah dan keuntungan kepada rakyat,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Parti Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching, semalam.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 29 April 1976 – Seramai hampir 400 orang kakitangan Syarikat Bas Len bagi laluan Kuala Lumpur – Tanjung Malim mengadakan mogok kerana majikan mereka membayar gaji menggunakan cek berpalang.
  • 29 April 1978 – Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah meluluskan satu undang-undang mencegah perbuatan menghisap rokok di panggung-panggung wayang di dalam kawasan pentadbirannya.
  • 29 April 1980 – Pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun dan isterinya terkejut dan terharu apabila menerima hadiah istimewa, iaitu tajaan mengelilingi dunia oleh FAM.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN