Lori tukar lorong punca kemalangan ragut dua nyawa di Kulai

Lori tukar lorong punca kemalangan ragut dua nyawa di Kulai

PASUKAN Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja memadam dua buah kenderaan yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer  45.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Tindakan sebuah lori yang menukar arah ke lorong kiri kerana kesesakan jalan raya dipercayai menjadi punca kemalangan yang meragut dua nyawa termasuk seorang wanita di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, kemalangan pukul 8.30 malam itu melibatkan tiga buah kereta dan dua buah lori.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati, kemalangan tersebut disyaki berlaku ketika sebuah lori jenis Renault dari arah Ayer Hitam menghala ke Johor Bahru melalui lokasi kejadian. 

“Pemandu lori lelaki berusia 38 tahun  memandu di lorong kiri kerana mengelak kesesakan lalu lintas. Pada masa sama datang kereta Proton Preve dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar lori itu dari arah belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beng Yeow berkata, sebuah Proton Wira dari arah sama cuba mengelak lalu melanggar Proton Preve sebelum berpusing manakala sebuah lagi kereta melanggar Proton Wira berkenaan. 

Katanya, selepas itu, sebuah lori jenis Isuzu pula melanggar Proton Wira dan kenderaan keempat tersebut. 

“Pelanggaran tersebut mengakibatkan berlaku kebakaran. Kemalangan yang mencetuskan kebakaran kenderaan itu menyebabkan seorang penumpang Proton Wira maut terbakar di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, kemalangan yang melibatkan kenderaan keempat juga mengakibatkan seorang mangsa maut, namun identitinya belum dikenal pasti.

“Kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian itu mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala sebelum terbakar. Setakat ini, tidak ada tangkapan dibuat namun siasatan masih diteruskan,” ujarnya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan itu ialah Allahyarham Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, manakala suaminya, Redzuan Jamil, 28, selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya