Larangan antilompat parti berkuat kuasa esok

Larangan antilompat parti berkuat kuasa esok

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan peruntukan mengenai larangan Ahli Parlimen bertukar parti berkuat kuasa esok, 5 Oktober 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 [Akta A1663] telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos lalu dan telah diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September 2022.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah perkenan tarikh kuat kuasa Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 pada 5 Oktober 2022 selaras dengan Seksyen 1(2) dan Seksyen 1(3) Akta A1663,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 [Akta A1663] ini telah diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga (2/3) di Dewan Rakyat pada 28 Julai 2022 dengan sokongan majoriti Ahli Dewan
Rakyat seramai 209 orang dan di Dewan Negara pada 9 Ogos 2022 dengan sokongan majoriti seramai 52 orang Senator.

Dengan penetapan tarikh baharu kuat kuasa bagi Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 [Akta A1663] mulai 5 Oktober 2022, maka pindaan bagi seksyen 7A Jadual Kelapan, Fasal 6 Perkara 48, Perkara 160 dan Fasal baharu 3A Perkara 10 serta Perkara baharu 49A, dapat dikuatkuasakan dengan segera.

“Ini seterusnya membenarkan pemakaian Akta A1663 ini di peringkat negeri, tertakluk perkenan Sultan/Tuan Yang Terutama/Raja Negeri berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya