Kenderaan terkandas akibat banjir kilat

Kenderaan terkandas akibat banjir kilat

BEBERAPA kenderaan terkandas dalam banjir kilat di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan semalam. - IHSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Hujan lebat selama sejam mengakibatkan beberapa kawasan di bandar ini ditenggalami air akibat banjir kilat petang semalam.

Kejadian banjir itu dikongsikan oleh beberapa pengguna jalan raya menerusi laman sosial seperti Facebook yang memaparkan beberapa kenderaan hampir ditenggelami air hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di Bandar Baru di sini kira-kira pukul 7 petang.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Asri Mohd. Rani, 40, berkata, hujan berterusan bermula pukul 6 petang menyebabkan air bertakung dan kemudian melimpah ke atas jalan raya.

“Situasi itu amat mengejutkan sehingga berpuluh kenderaan di Bandar Baru Gua Musang terkandas.

“Bukan itu sahaja ada dalam kalangan pengguna tidak dapat menggunakan laluan alternatif menuju ke Cameron Highlands serta Jeli itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sebelum itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan bagi seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, amaran ribut petir itu juga dikeluarkan di beberapa daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya