Hutang pihak terlibat Dash perlu dijelaskan - Utusan Malaysia

Hutang pihak terlibat Dash perlu dijelaskan

LEBUHRAYA Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di Plaza Tol Denai Alam, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hutang kepada pihak terlibat dalam projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) yang dibuka baru-baru ini perlu dijelaskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru Kementerian Kerja Raya perlu memberi penjelasan terperinci mengenainya dan bayaran kepada kontraktor perlu diselesaikan.

“Mesti ada sebab bayaran tersebut tidak dijelaskan, dan walaupun selepas projek tersebut siap, kita harus melihat sama ada ia memenuhi kepuasan kementerian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Kontraktor Melayu Malaysia Kali Ke-43 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini. 

Ismail Sabri diminta mengulas isu dakwaan hutang yang belum dibayar kepada sebilangan subkontraktor projek Dash berjumlah lebih RM80 juta.

Perkara tersebut menyebabkan kalangan subkontraktor yang terlibat dengan projek berkenaan mengalami kesukaran.

Lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk dibuka mulai 12.01 tengah malam Jumaat lalu.

Sebanyak 13 persimpangan dibuka iaitu Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang Dua, Subang Airport, RRIM (Kwasa Damansara), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala.

Kemudahan itu menghubungkan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN